Viral Penunggang Motosikal Ditahan Tak Pakai Mask, Ini Rupanya Yang Berlaku

0
16794

Umum mengetahui bermula 1 Ogos pemakaian pelitup muka diwajibkan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di negara kita. Pelitup muka wajib di pakai di tempat awam yang sesak dan ketika menaiki pengangkutan awam.

Baru-baru ini tular satu video mendakwa polis menahan sebilangan penunggang motosikal kononnya kerana tidak memakai topeng muka. Bagaimanapun dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan video tersebut adalah rakaman lama.

Difahamkan, video itu dirakam ketika Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menjalankan operasi untuk mengesan penunggang motosikal yang tidak melalui laluan disediakan di Lebuh Raya Persekutuan, 12 Jun tahun lalu.

 

Sementara itu beliau berkata, orang ramai digesa menghentikan penyebaran video dan berita tidak tepat melalui muat naik atau perkongsian dalam media sosial. Tegasnya lagi, tindakan akan diambil jika ada pihak yang sengaja mensensasikan isu berkenaan.

Terdahulu, video berdurasi 42 saat tular dalam media sosial mendakwa beberapa penunggang motosikal ditahan polis kononnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Rakaman video itu turut memaparkan beberapa penunggang motosikal berpatah balik selepas melihat operasi berkenaan.

SUMBER: BH Online