Wajah Terpapar Jelas Di CCTV, Polis Buru Lelaki Raba Wanita Di Kelantan

Baru-baru ini tular video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki dipercayai mencabul seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadain berlaku kira-kira 9.40 pagi itu, mangsa sedang berjalan seorang diri di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah untuk ke tempat kerja.

Tiba-tiba, mangsa dihampiri oleh sebuah motosikal jenis Honda C90 yang ditunggang oleh seorang lelaki dari arah belakang yang bertindak meraba punggungnya.

Mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

Difahamkan, pihak polis sedang memburu lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an yang menunggang motosikal jenis Honda C90 berwarna coklat.

Katanya, berdasarkan semakan nombor siri pendaftaran, polis telah mengenal pasti pemilik motosikal itu yang berasal dari Kuala Lumpur.

Pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui dan mengenali suspek supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: World of Buzz