Umum mengetahui sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanaan, restoran dan kedai serbaneka 24 jam hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam sahaja.
Ini tentunya berita baik buat semua apabila Menteri Kanan Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sebentar tadi operasi perniagaan seperti restoran dan kedai serbaneka akan dilanjutkan sehingga ke jam 2 pagi.
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1303948892132708353
Dengan sektor ekonomi makin pulih, selain kawalan terhadap penularan yang lebih baik sedikit demi sedikit sektor kini semakin pulih kepada operasi seperti sedia kala secara berperingkat.
Apa yang pasti, pengumuman itu disambut baik oleh netizen yang turut meluahkan rasa bersyukur apabila waktu operasi perniagaan dipanjangkan danĀ mempunyai masa lebih untuk membeli makanan dan barangan kelengkapan di kedai serbaneka yang sebelum ini sehingga 12 tengah malam sahaja.