Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.
Pasti ramai tahu Khairulaming akhirnya memperkenalkan produk keluarannya iaitu Sambal Nyet. Lebih mengejutkan dalam perkongsian di Twitter pada Mac lalu, Khairulaming memaklumkan produknya itu berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun.
Malah, Khairulaming akhirnya membuka kilang baru di Kota Bharu, Kelantan berkeluasan 14,000 kaki persegi.
Namun, disebalik pelbagai kejayaan diraih pemuda itu siapa sangka Khairulaming hanya memandu kereta Perodua Bezza sahaja.
Berkongsikan perkara itu di Twitter, Khairulaming berkata dia gembira dengan keretanya itu yang mempunyai bonet yang luas serta jimat minyak.
Ujarnya lagi, dia sering menggunakan kereta tersebut untuk berulang alik ke Kelantan serta tiada masalah untuk perjalanan jauh.
Kata Khairulaming lagi, dia sudah menggunakan Bezza itu selama dua tahun dan sangat berpuas hati dengan keretanya itu.
Difahamkan, Khairulaming menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan kereta mana yang patut dipilih antara Bezza atau pun Ativa.
Pendedahan Khairulaming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan jualan Bezza akan meningkat selepas ini susulan perkongsian berkenaan.
Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapat Khairulaming mengenai kereta Bezza. Tidak kurang juga ada yang terkejut kerana jutawan seperti Khairulaming hanya memakai kereta Bezza sahaja.