Wanita Buat Kerja Amal Kutip ‘Mask’ Yang Dibuang Merata Elak Penularan Virus

Umum mengetahui sejak 1 Ogos lalu pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam yang sesak dan ketika menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak penularan virus COVID-19.

Meskipun patuh dengan seruan kerajan itu namun masih ada segelintir orang awam yang seolah tiada kesedaran sivik membuang ‘mask’ yang telah digunakan merata-rata dan disekitar tepi jalan.

Melihatkan keadaan tersebut, dua wanita ini melakukan kerja amal dengan mengutip facemask yang dibuang di tepi-tepi jalan di laluan ke tempat kerjanya.

Vasugi Ramasamy yang bekerja di Econsave Parit Buntar, melihat pelitup muka dibuang merata setiap hari dan bertindak mengutip pelitup muka yang dibuang merata-rata itu.

Akui kecewa dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab, apa yang merisaukan jika mask dibuang merata-rata ia lebih menularkan virus dan bakteria yang akhirnya warga emas dan anak-anak menjadi mangsa kerana imunisasi diri yang rendah.

Kata wanita itu lagi, disaat dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 orang ramai seharusnya lebih menjaga kebersihan diri dan juga keadaan sekeliling. Ujarnya, dengan membuang mask merata-rata boleh menambah risiko virus.

Apa pun diharap semua pihak perlu berganding bahu untuk memerangi wabak COVID-19. Bukan susah mana pun nak buang face mask yang telah digunakan. Siapa lagi yang menjaga alam sekitar kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia sendiri.

SUMBER: FacebookÂ