Wanita Dedah Drama Takdir Yang Tertulis Sama Macam Kisah Dirinya, Terlalu Percaya Suami

Meskipun baru episod 7, namun drama Takdir Yang Tertulis kini trending dan menjadi bualan ramai di media sosial. Mana tidaknya, rakyat Malaysia sememangnya ‘pantang’ kalau pasal suami curang.

Malah, watak Juweta ternyata membuatkan penonton emosi. Sebentar tadi, pengarah drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin berkongsikan mesej diterima daripada seorang netizen yang sekaligus membuka mata orang ramai.

Menerusi perkongsian itu, seorang wanita tampil berani mendedahkan kisah hidupnya sama seperti drama tersebut apabila rakan baiknya sendiri merampas suaminya.

Wanita itu juga mengakui ketika berumah tangga dia tidak sibuk untuk memeriksa telefon suaminya, serta tidak bertanyakan ke mana suaminya pergi atas dasar percaya.

Lebih memilukan rakan baiknya itu juga jenis seorang yang ‘innocent’ seperti watak Ruhila.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia sudah move on dan sudah berpisah dengan suaminya. Ujarnya, bekas suaminya sudah pun berkahwin dengan rakan baiknya itu.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata karyanya itu bukan cerita saja-saja tetapi hakikatnya hal seperti itu benar-benar terjadi.

Shahrulezad turut percaya bahawa ada hikmah di sebalik kejadian berlaku pada wanita itu dan mungkin Allah sudah aturkan yang lebih baik.

SUMBER: Instagram Shahrulezad