Wanita Dedah Suami Jalin Hubungan Dengan Ibu Mentua Sendiri Hingga Hamil

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan hubungan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun, mahligai perkahwinan dibina tidak selalunya indah dan ada yang berakhir akibat kecurangan.

Bagaimanapun, kisah dilalui oleh wanita ini sememangnya sangat perit apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan ibu kandungnya sendiri. Hanya Tuhan sahaja mengetahui perasaan wanita tersebut.

Kisah wanita itu dikongsikan oleh aktivis terkenal Syed Azmi menerusi Facebook yang ternyata mengejutkan ramai. Wanita itu juga memberitahu suami dan ibunya juga pernah terlanjur.

Lebih memeritkan, ibunya yang berusia 50 tahun itu pernah mengandungkan anak suaminya namun mengalami keguguran.

“Assalam Tuan Syed. suami saya ada hubungan sulit dengan ibu kandung saya. Mereka pernah bersama bersetubuh. Dah ibu saya pernah mengandung anak suami saya. Tp gugur di awal kandungan.

“Ibu saya umur 50 tahun. Banyak kali dah kali bergaduh mengenai hal ini. Kalau kira kemaafan dah berpuluh kali saya maafkan. Konon dah tak buat lg. Nangis depan sngt konon bertaubat. Sampai satu tahap 2 bulan lps nekad sy mintak dia ceraikan saya. Dia xnk ceraikan saya. Saya xnak hidup dengan kebencian . saya xnk jd isteri derhaka. Lebih baik saya berundur. Bukan skli dia tipu saya.

“Ibu saya pulak last 2 month saya cakap saya mintak cerai. Ibu cakap memang patut lar apa lar. Dia advice kononnya. Tapi rupanya semua munafik. Penipu.

“Kalau la tu bukan ibu saya memang saya dah maki hamun. Tp sy tahan saya tahan sakit ni.

Katanya lagi, kecurangan suami diketahui olehnya ketika dia sedang mengandungkan anak kedua, dia kini mempunyai tiga orang cahaya mata.

Ujarnya, dia sudah banyak kali memaafkan suami dan ibunya kerana mereka memberitahu sudah bertaubat. Namun dia sudah tidak tahan lagi dan nekad untuk minta diceraikan dua bulan lalu tetapi suaminya enggan menceraikannya.

Kata wanita itu lagi, meskipun dia masih mempunyai ayah namun ayahnya tidak dapat berbuat apa-apa demi menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

“Saya ada tiga orang anak. Benda ni berlaku semasa saya pregnant anak kedua. Sekarang anak kedua saya dah tujuh tahun,” katanya.

SUMBER: Facebook Syed Azmi