Wanita Dikecam Kongsi Perjalanan Suami Ceraikan Madu, Bekas Isteri Dedah Punca Berpisah

Baru-baru ini di laman Facebook, kecoh apabila satu perkongsian mengenai seorang isteri yang pernah masuk meminang untuk suaminya kini menemani suaminya untuk bercerai pula.

BACA: Isteri Menangis Di Sisi Suami Yang Bernikah Dengan Bekas Kekasih

Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan menemani suaminya menuju ke mahkamah bagi menjalankan urusan mahkamah.

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen kerana seolah-olah meraikan berita tentang penceraian tersebut.

Beberapa individu turut menyingkap kembali kisah wanita berkenaan namun wanita tersebut sehingga kini dilihat tidak menjawab sebarang komen yang ditinggalkan.

Untuk pengetahuan anda, kisah mengenai pasangan ini satu ketika dahulu pernah viral kerana isteri sendiri yang pergi meminang untuk suami.

Namun apakan daya, jodoh ketentuan bukan kita yang aturkan. Sementara itu, bekas isteri lelaki berkenaan turut memuatnaik status terkini mengenai hubungan mereka.

Melalui kenyataan dengan akaun Facebook Ain Soleh itu, dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan selain memohon agar ‘pihak sana’ tidak memuatnaik gambar perkahwinan bersama bekas suaminya sebelum ini.

Melalui kenyataan Ain, dia dan bekas suami sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung seterusnya membuatkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Tambahnya lagi, dia berlapang dada dengan perkara yang terjadi dan tidak menyimpan dendam pada sesiapa.

Ternyata pelbagai reaksi yang diterima di ruangan komen malah ada yang merasakan kisah keruntuhan rumah tangga sebegini tidak sepatutnya dikongsikan di laman sosial.

Apa pun, biarlah hanya pemilik badan sebenar yang menyimpan kisah peribadi dan punca perpisahan mereka. Semoga perkara ini juga menjadi iktibar buat semua.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.