Wanita Hamil Lari PKPD Untuk Beraya Punca Kluster Baru Di Kelantan?

Sejak beberapa hari lalu, kes harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod yang agak membimbangkan apabila hampir mencecah 7,000 kes.

Terbaru, tindakan seorang wanita hamil berusia 30-an melarikan diri dari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bunut Susu untuk menyambut Aidilfitri membawa padah.

Sikap tidak bertanggungjawab wanita itu yang disahkan positif Covid-19 ziarah menziarahi sempena Aidilfitri menyebabkan virus berkenaan menular di kalangan penduduk Kepulauan Tumpat.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata setakat hari ini sebanyak 22 kes positif Covid-19 direkodkan hasil daripada 80 ujian saringan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna (11 kes), Pantai Haji Nik Mat (6), Pulau Beluru (4), dan Pulau Suri (1).

Menurutnya, PKPD akan dilaksanakan di Kepulauan Tumpat melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun.

SUMBER: Sinar Harian