Wanita Ini Dakwa Kartun Cocomelon Punca Perkembangan Anak Terganggu?

Anak-anak umpama kain putih dan sebagai ibu bapa kitalah yang mewarnakan dan mencorakkan mereka. Seiring dengan peredaran zaman, tidak dinafikan anak kecil kini sudah terdedah dengan gajet.

Sebut sahaja kartun Cocomelon di laman YouTube, sememangnya ia sangat popular di kalangan kanak-kanak. Namun, seorang wanita bernama Jerrica Sannes mendakwa kartun tersebut membuatkan perkembangan anak terganggu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jerrica kartun Cocomelon adalah rancangan yang boleh meransang otak kanak-kanak sehingga ia boleh mengakibatkan ketagihan.

Katanya, ia boleh membuatkan kanak-kanak mengalami simptom ketagihan dengan menonton rancangan tersebut jika ia tidak dikawal.

Menurutnya lagi, lebih banyak kanak-kanak menonton kartun itu mereka semakin ketagih dan mustahil untuk mereka bermain secara kreatif.

Jelasnya lagi, jika ada yang berpendapat itu hanya pandangan ekstrem semata-mata, wanita itu bertanya adakah pencipta rancangan itu tidak sedar berapa banyak wang diperoleh melalui kartun yang membuatkan kanak-kanak ketagih sehingga mencapai berjuta-juta tontonan di YouTube.

Katanya lagi, semuanya tentang duit apatah lagi Cocomelon telah pun dijual dengan harga USD 3 bilion.

Dakwanya lagi, secara tidak langsung perkembangan kognitif anak anda dijadikan sebagai pertukaran kekayaan mereka.

Ujarnya lagi, Cocomelon seolah ‘dadah’ untuk bayi yang berkemungkinan menjadi punca perkembangan seluruh generasi kanak-kanak terganggu terutama dari segi gangguan perhatian dan tingkah laku.

Difahamkan, syarikat saluran kanak-kanak YouTube popular Cocomelon iaitu Moonbug Entertainment bersetuju untuk diambil alih oleh dua bekas eksekutif Walt Disney Co.