Wanita Ini Dedah Kandungan Sebenar Oven, Nafi Curi Barangan Elektrik

Disaat negara berdepan musibah banjir di Lembah Klang minggu lalu, kecoh apabila berlaku kes pecah kedai Mydin Mart di Taman Sri Muda.

Lebih menjadi perhatian ramai apabila tular foto dan video seorang dan lelaki dipercayai membawa kotak ketuhar keluar daripada kedai berkenaan.

Susulan foto tersebut, ramai meninggalkan komen sindiran menyangka kedua mereka itu mengambil ketuhar ketika berdepan bencana banjir berkenaan.

Bagimanapun, menerusi satu video dikongsikan di laman Twitter, wanita itu mejelaskan dia tidak mengambil ketuhar sebaliaknya hanya menggunakan kotaknya sahaja untuk mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.

“Kotaknya sahaja kotak oven, di dalamnya bukan oven. Saya ambil untuk letakkan biskut, letak sardin.

“Bukannya oven dalam dia. Kalau saya ambil oven pun apa gunanya. Di rumah anak saya lapar, buat apa saya bawa balik oven. Anaknya sudah tidak hari tidak makan,” katanya.

Kata wanita itu lagi, dia sudah pun membuat laporan polis serta memohon maaf berikutan ramai yang salah sangka dengan tindakannya itu.