Wanita Ini Dedah Punca Bersorak Tepuk Tangan Depan Keluarga Setelah Positif Covid-19

Melihatkan kes Covid-19 semakin meningkat, ramai yang bimbang jika dijangkiti virus tersebut apatah lagi dengan varian sekarang yang tidak ada simptom.

Namun, bereza dengan wanita ini yang dikecam apabila netizen mendakwa dia bangga sebaik sahaja mengatahui dirinya dan beberapa ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Malah, menerusi video tular itu wanita berkenaan seolah gembira dan tepuk tangan sambil merakam reaksi orang ibu bapanya di tempat duduk belakang.

https://twitter.com/sasorikageyoshi/status/1398633177481039873

Aksi wanita itu mengundang kecaman ramai apatah lagi golongan warga tua antara yang berisiko tinggi jika dijangkiti virus tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin wanita itu belum rasa kehilangan ahli keluarga sehingga bersorak gembira seperti itu.

Bagaimanapun, seorang netizen berkongsikan penjelasan daripada wanita berkenaan dimana dia mendakwa bertindak sedemikian kerana mahu menceriakan suasana dan memberi semangat kepada ibu bapanya.

Katanya lagi, puas dia memujuk bapanya untuk melakukan swab test dan tindakannya itu supaya ibu bapanya tidak risau dan terus positif meskipun dijangkiti Covid-19.

Menerusi paparan skrin Direct Message itu, wanita tersebut turut memohon maaf seandainya video berkenaan menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Ujarnya lagi, video tersebut ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Apa pun wanita berkenaan sudah pun memberi penjelasan, semoga mereka sekeluarga segera sembuh.