Wanita Kena Jadi ‘Bodoh Sikit’ Untuk Pikat Lelaki? Netizen Bidas Pendapat Prof Muhaya

Baru-baru ini, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menjadi perhatian ramai apabila satu perkongsiannya berkaitan isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh’ mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu potongan video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang perlu kelihatan lemah-lembut dan ‘kurang bijak’ dihadapan lelaki menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Malah, kenyataan Prof Muhaya itu juga turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang kesal dengan tanggapan sebegitu seolah penghinaan terhadap wanita.

Dr Amalina merasakan mesej yang diberikan kurang tetap kerana wanita tidak sepatutnya merendahkan pengetahuan atau memperlihatkan diri mereka kurang bijak supaya boleh bertemu jodoh.

Sementara itu rata-rata netizen turut meninggalkan komen tidak bersetuju dengan pakar motivasi tersebut.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan ramai yang salah faham dengan penerangan Prof Muhaya yang mungkin mahu mengatakan bahawa perempuan perlu merendahkan ego mereka kerana lelaki adalah seorang pemimpin dan imam.

SUMBER: Twitter