Wanita Kena Penjara 6 Tahun Kes Kemalangan Basikal Lajak, Netizen Persoal Bila Ibu Bapa Cuai Akan Didakwa

Hari ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ia sekaligus mengepikan keputusaan mahkamah pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.

Dalam pada itu, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika keputusan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi, hari ini selepas mahkamah mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan awam perlu diutamakan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, yang kasihan dengan nasib wanita itu apabila dijatuhkan hukuman penjara enam tahun.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan bila pula ibu bapa mangsa terlibat akan didakwa kerana kecuaian mereka.

Kata netizen, bukan saja wanita itu perlu dihukum malah ibu bapa mangsa remaja terlibat perlu dihukum kerana cuai dan gagal memantau anak-anak sehingga berlaku perkara tidak diingini.

Kata netizen lagi, siapa sangka pada jam 3 pagi masih ada budak bermain basikal. Sementara itu, ada netizen berkongsikan mengenai Akta Kanak-Kanak dimana ibu bapa yang cuai juga boleh dikenakan denda atau hukuman penjara.