Wanita Kongsi Kisah Terkena Sihir Pemisah Hanya Melalui Gambar

Meskipun kita sudah hidup di zaman teknologi dan serba moden, namun masih ada lagi yang melakukan perkara syirik dengan mengamalkan sihir.

Lebih parah ada yang menggunakan sihir untuk merosakkan rumah tangga orang lain. Seperti kisah dikongsikan oleh seorang wanita ini yang mendedahkan menjadi mangsa sihir bertahun lamanya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Puan Syira Jamal berkata da menjadi mangsa sejak awal perkahwinan lagi apabila dia mula membenci suaminya.

Namun, dia berfikiran positif dan mengatakan mustahil jika dia disihir. Tahun demi tahu keadaannya semakin teruk sehingga mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

https://www.tiktok.com/@syira.jamal/video/6975802890606759170?referer_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2F&referer_video_id=6976217360663416066&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Meskipun sudah berubat dengan doktor, penyakitnya masih tidak sembuh dan akhirnya dia nekad menjalani rawatan tradisional, barulah dia tahu bahawa dia terkena sihir pemisah.

Ujarnya, meskipun sudah dirawat namun dia masih merasakan ‘benda’ tersebut masih ada lagi kerana ada lagi gangguan. Ustaz yang merawatnya memberitahu dia disihir menggunakan gambar.

Lebih mengejutkan, individu yang menyihirnya membawa gambarnya berjumpa bomoh dan mengerat jarinya sehingga darah jatuh ke gambarnya.

https://www.tiktok.com/@syira.jamal/video/6976217360663416066?referer_url=https%3A%2F%2Fohbulan.com%2F&referer_video_id=6976217360663416066&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam pada itu, Puan Syira berkata selepas keadaannya semakin pulih, dia membuat keputusan untuk memakai purdah dalam masa sama melindungi gambarnya digunakan oleh pihak yang mahu berbuat jahat terhadapnya.

Diakhir perkongsian itu, Puan Syira turut menitipkan nasihat kepada pasangan melalui perkara yang sama supaya tidak berputus asa serta memohon kepada Allah agar diberi jalan.

SUMBER: TikTok Syira Jamal