Wanita Kongsi Rahsia Turun Berat Dari XXL Ke Saiz S

Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.

Namun tidak dinafikan cara paling mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan menjaga pemakanan. Seperti yang dikongsikan oleh Mira Shaz menerusi Facebook, dia berjaya menurunkan berat badan dari 74kg kepada 48kg.

Akui perjalanan dietnya tidak mudah, Mira berkata ia memerlukan semangat yang tinggi dan mementingkan pengurusan kalori dalam diet yang diamalkan. Mira berkata dia mahu buktikan bahawa dari makanan beratnya naik dan dari makanan juga dia berjaya kurus.

Dalam masa yang sama Mira berkata dia juga mampu buktikan bahawa mereka yang bergelar ibu juga mampu menjaga ketrampilan dan bentuk badan.

Memulakan diet pada Januari 2019, Mira meluahkan rasa syukur mendapat sokongan daripada suami.

“Sekarang bila anak tiga baru saya sedar diri. Mengandungkan anak bongsu, saya terus nekad nak kurus. Gantung baju-baju lama selepas bersalin. Suami kuatkan semangat supaya dapat apa yang saya ada sekarang. Big thank to husband,” katanya.

Ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Mira di bawah ini.

1. Berhenti pengambilan gula

2. Jaga kalori

3. Jaga portion

4. Exercise (setahun baru buat betul-betul, sebelum itu jaga makan dulu)

5. Stalk FB atau Instagram orang-orang yang berjaya… Ikut coach-coach ambil tips dari mereka (tak berbayar pun, tengok apa depa kongsikan dan hadam)

6. Try & error (exp time plateau…ubah corak pemakanan dan workout)

7. Awal-awal memang eat clean, sekarang banyak derhaka dah

8. Jangan selesa apa kita ada sekarang. Kalau tersasar ke tengah laut cepat-cepat sedar diri.

9. Minum kopi kosong kalau lapar (mostly saya ambk sarapan dan snacking petang) kadang kadang mix low fat or fresh milk( sejenis peminat tegar kopi so saya tak pernah stop kopi boleh olah jadi minuman yang lebih sihat)

10. Workout Hitt ,tabata,cardio & dance workout.

SUMBER: SiakapKeli