Wanita Kongsi Suami Berubah Watak Bila Kantoi Curang, Ramai Yang Cuak Tengok

Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki seolah berang apabila kantoi curang dengan wanita lain.

Difahamkan, video itu dimuat naik di aplikasi TikTol oleh seorang wanita bernama Nur Syuhadah. Menerusi video itu wanita berkenaan memaklumkan kecurangan suaminya sedangkan mereka baru saja hampir dua bulan bernikah.

Turut kedengaran, lelaki itu mengamuk dan meminta wanita tersebut mengambil semua barangnya di dalam kereta dan menunaikan ‘impian’ wanita berkenaan untuk bercerai.

Lebih mengejutkan, wanita itu berkata dia baru mengetahui bahawa ini merupakan perkahwinan keempat suaminya selepas kahwin cerai beberapa kali.

Dalam video berkenaan, wanita itu berkata suaminya berlaku curang dengan menghantar mesej, menelefon serta berbalas e-mail dengan seorang wanita yang dikenali sejak mereka belum bergelar suami isteri.

Lebih kecewa, wanita itu berkata suaminya kantoi curang dengan wanita lain selepas hari ketiga perkahwinan mereka.

SUMBER: TikTok