Wanita Menangis Luah Menyesal Ada Anak Namun Ramai Yang Memahami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri sesebuah rumah tangga.

Namun, tidak dinafikan menjaga anak bukanlah perkara yang mudah. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini mengenai luahan seorang wanita yang penat menjaga anak.

Menurut wanita itu lagi, dia mempunyai perasaan menyesal mempunyai anak kerana dirinya tidak bersedia lagi namun dia mengikut kehendak suaminya yang mahukan zuriat.

Luahnya lagi, dia turut rasa rindu untuk keluar ke mana sahaja tanpa membawa bayi. Ujarnya, sampai satu tahap dia menangis pagi malam kerana terlalu penat.

Bagaimanapun, wanita itu berkata selepas lima bulan menimang cahaya mata segala perasaan tersebut itu hilang kerana rasa sayang pada anak melebihi segalanya.

Ujarnya lagi, sebelum ini perasaan yang dialaminya itu kerana mentalnya belum kuat lagi apatah lagi baru saja bergelar ibu.

Luahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami apa yang dilalui olehnya kerana setiap ibu juga berdepan perkara sama.

Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan pengalaman rasa penat kerana menjaga anak serta menitipkan pesanan kepada bakal ibu di luar sana supaya bersedia dari segi mental serta emosi.

Kata netizen lagi, ketika anak kecil sememangnya rasa penat untuk menjaga mereka namun sekelip mata sahaja mereka akan membesar dan ketika itu kita akan rindukan saat mereka di waktu kecil.

SUMBER: Twitter