Wanita Menangis Teresak-Esak Kawan Dikutuk Belum Ada Anak Walaupun Dah Lama Kahwin

0
8276

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga. Ada yang setahun berkahwin sudah dikurniakan cahaya mata, namun ada yang sudah bertahun kahwin masih menunggu rezeki zuriat.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita yang dikenali sebagai Cik My meluahkan rasa sedih apabila kawan baiknya dikutuk kerana masih tidak mempunyai anak walaupun sudah 15 tahun berkahwin.

Cik My berkata kejadian itu berlaku ketika dia keluar bersama rakan-rakannya dan timbul topik mengenai hal cahaya mata.

Namun, seorang rakannya bertanyakan pada kawan baiknya bilakah dia akan mempunyai cahaya mata serta membandingkan dirinya yang sudah ada lima anak.

Mendengarkan soalan ‘celupar’ rakannya hatinya teras seperti disiat-siat kerana memahami perasaan kawan baiknya itu.

Tidak hanya berdiam diri, Cik My memberitahu rakannya itu jika benar dia kawan sepatutnya memberi kata semangat bukan mengutuk dan hanya tahu menjatuhkan.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripad netizen yang turut geram mendengar kisah wanita itu. Tidak kurang juga, ada yang turut berkongsikan pengalaman sendiri dikutuk rakan sendiri.

SUMBER: TikTok