Wanita Sarat Hamil Meronta Sakit Terkena Buatan Orang, Jumpa Barang Sihir Ditanam Di Kedai

Baru-baru ini tular di media sosial, perkongsian video daripada seorang pengguna Instagram dikenali sebagai Nellysa yang terkena buatan orang dipercayai akibat hasad dengki dengan perniagaan miliknya.

Menerusi video berkenaan, wanita itu yang sarat hamil dilihat sedang berubat dengan seorang ustaz dan meraung kerana menahan kesakitan.

Memetik laporan mStar, Nellysia berkongsikan dia terpaksa menangunggu derita sakit akibat disihir individu tidak bertanggungjawab.

Ujarnya, pada mulanya dia menjumpai barang sihir yang didakwa ditaham berhampiran kedai makannya selepas sebulan beroperasi.

Katanya lagi, sebelum dia menjumpai barangan tersebut dia sememangnya sakit teruk dan kemudian terjumpa seekor lipan besar yang ingin masuk ke kedainya membuatkan dia memanggil ustaz.

“Tiga bulan lepas saya jumpa jarum, syiling, duit kertas dan seherai kertas bertulis nama kafe milik saya. Saya dah pergi berubat, ingatka dah habis tapi jadi makin teruk.

“Kejadian dalam video saya upliad tu hari Jumaat lepas. Cuma saya baru ada kekuatan nak post di medoa sosial pasal apa yang terjadi.

“Masa tu seekor lipan sangat besar nak masuk dalam kafe saya. Jadi saya panggil ustaz untuk tengokkan kafe tapi jadi lain pula,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CYGUJiNpYvP/?utm_source=ig_embed&ig_rid=cb5303f7-9b20-4acd-959b-46bf8d1f5fc0

Menurutnya lagi, perkara mistik terjadi selepas dia berpindah kedai makan di Ekoflora, Johor Bahru. Banyak kejadian aneh berlaku hingga menjejaskan jualannya.

“Ramai sangat yang cakap tak nampak kafe. Dah sampai sini pun, nampak kafe tutup, tak nampak staff, makanan jadi tak sedap, ada juga yang komplen makanan basi sampai satu tahap tu sale merundum lebih daripada separuh.

“Kafe saya ni merupakan first cafe di Malaysia yang kumpulkan semua usahawann dekat Johoh Bahru. Kesian pada vendor bila saya sakit macam ni sebab mereka sangat terkesan,” katanya.

Dalam pada itu, ibu yang sedang sarat hampir sembilan bulan itu bekrata dia tidak mengesyaki atau menuduh mana-mana pihak. Baginya, apa yang berlaku ada perkara yang Allah mahu sampaikan kepadanya.

“Saya tak boleh nak tuduh sesiapa yang buat semua ni, sebab kalau salah nanti jatuh fitnah pula. Jadi saya tak nak cari angkara siapa. Saya fikir benda ni Allah yang izinkan terjadi. Mungkin ada benda yang Allah nak sampaikan pada saya,” katanya.

SUMBER: mStarĀ