Sebut saja nama Nurul Hidayah pasti ramai mengenali anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sering bersuara mengenai isu semasa. Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok kenyataan daripada Nurul Hidayah yang mengundang kecaman netizen.
Memberikan pendapatnya mengenai isu kepimpinan dan juga hak asasi manusia dimana Hidayah berkata wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.
“Hak wanita dalam politik? Wanita tidak dilahirkan sebagai pemimpin tau. Jadi, ya, wanita tidak dilahirkan sebagai pemimpin.
“Lelaki yang dilahirkan sebagai pemimpin. Jadi untuk hak asasi manusia, hak asasi wanita, saya rasa semua patut ada hak. Kerana kita semua manusia,” katanya.
Difahamkan video tersebut merupakan ‘teaser’ untuk program temubual bertajuk Politically Frank yang akan bersiaran dalam portal Sinar Daily.
Diruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Hidayah itu kerana ramai sahaja wanita yang menjadi pemimpin. Tidak kurang juga, ramai yang tidak faham tentang apa yang cuba disampaikan oleh Hidayah.
Namun, ada yang memahami apa yang cuba disampaikan dimana oleh Hidayah bahawa wanita tidak dilahirkan sebagai pemimpin tetapi wanita mempunyai hak untuk menjadi pemimpin.
SUMBER: TikTok Sinardaily