Wanita Terkilan Baju Raya Jenama Terkenal Tak Sama Seperti Iklan

0
39636

Sejak hujung minggu lalu rata-rata sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba beberapa hari lagi. Ada yang memilih untuk ke kedai pakaian untuk melihat sendiri baju raya di depan mata, namun ada yang membeli secara atas talian.

Namun, sejak akhir-akhir ini sering kali didengari pembeli berasa tidak puas hati dengan pembelian baju raya yang dibeli secara atas talian.

Seperti yang dikongsikan oleh wanita bernama Nur Annisa Mohammad yang berkongsikan video baju raya jenama terkenal yang dibelinya tidak sama seperti yang diiklankan.

Difahamkan, wanita itu memuat naik video memaparkan anaknya mencuba baju yang belum digosok sehinggalah baju tersebut diubah suai.

“Hari tu ada cakap sebab tak gosok. Saya bukan komplen kualiti kain dan katakan baju tidak elok cuma persoalkan tentang potongan..baju tu nampak tak cantik sebab dari bahu ke pinggang sangat tinggi dan ada yang menyatakan anak saya seolah-lah memakai sampin.

“Lace kat dalam tu okay tapi brocade dekat luar terlalu menonjol dan terkeluar. Pinggang dan bahu dia semua terletak elok pada badan cuma bahagian lapisan luar,” katanya.

Difahamkan, wanita it membeli lima pasang baju pelbagai saiz termasuk baju Melayu daripada jenama terkenal dengan jumlah keseluruhan RM831.

Katanya lagi, itu merupakan kali pertama dia membeli jenama tersebut dan memilih jenama itu selepas mendengar maklum balas positif daripada kawan.

Bagaimanapun, wanita itu memberitahu tiga pasang baju Melayu yang dibeli sepadan dengan suami dan seorang lagi anak lelaki.

“Baju saya pula bukan saja ada masalah pada bahagian depan tetapi zip belakang dia juga. Aduan menerusi emel dan WhatsApp tidak dibalas mereka,” katanya.

Dalam pada itu, wanita yang mesra dipanggil Nisa itu turut kecewa hasratnya untuk photoshoot raya tidak kesampaian.

Tidak kurang juga, ramai pembeli lain yang membeli baju raya di tempat terbabit mengalami masalah yang sama sepertinya.

Sementara itu, rata-rata netizen bersimpati terhadap wanita itu serta memberi nasihat supaya tida terlalu percaya dengan sizing diberikan, malah ada yang netizen yang body shaming dirinya.

“Lain kali jangan beli baju tubuh slim tinggi sebab tak sesuai untuk badan macam mesin basuh dan pendek lepas tu banyak songeh.

“Tengok badan tu, jangan harap sebiji macam model.

“Bukan salah baju, salah badan kita, kita tak boleh nak samakan badan kita dengan model,” kata beberapa netizen.

SUMBER: mStar Online