Watie Kongsi Tips Sabar Dengan Perangai Pasangan, Netizen Suruh Kahwin Dulu Baru Tahu

Umum mengetahui, pelawak Shuib mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya Watie Hanifiah pada Jun depan.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok memaparkan Watie berkongsikan tips untuk menghadapi ujian dalam rumah tangga.

Watie berpendapat setiap perangai pasangan adalah merupakan salah satu bentuk ujian yang diberikan oleh Allah.

https://www.tiktok.com/@inayahbeautytrading/video/7221386150609440006

“Kita dapat pasangan yang buat perangai, kita kena fikir macam ni, apa pun yang dia buat perangai, Allah yang gerakkan hati dia,” katanya.

Menurut Watie lagi, lebih mudah sekiranya kita menerima perangai pasangan itu sebagai satu bentuk ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya.

“Bila kita fikir macam tu kita takkan marah sebab Allah yang tentukan perangai dia macam tu untuk tengok kita sabar tak dengan dugaan yang Allah bagi,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang bersetuju dengan pendapat Watie itu apatah lagi usahawan itu masih belum melalui kehidupan berumah tangga.

SUMBER: TikTok