“Watie Ni Baik Rasanya, Kalau Tak Anak-Anak Shuib Mesti Tak Suka”

Umum mengetahui, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada Jun depan.

Shuib berkata persiapan perkahwinannya itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus dan akan memaklumkan tarikhnya kelak.

Dalam pada itu, Shuib berkata ibunya Amy Salmi menerima kehadiran Watie dengan baik termasuk empat anaknya serta Ayash yang rapat dengan kekasihnya itu.

https://www.tiktok.com/@shuibhknfg1/video/7225597204403162373

Baru-baru ini tular video dikongsikan sebuah akaun di TikTok memaparkan anak perempuan Shuib iaitu Talita Zahra dilihat mesra meletakkan kepalanya di bahu Watie semasa mereka pergi beraya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang bahagia nelihat kemesraan anak-anak Shuib dengan kekasihnya itu.

Malah, ada yang mengatakan anak-anak Shuib juga selesa bersama Watie serta mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan anak-anak Shuib rindukan belaian seorang ibu serta mengatakan mereka kini sudah ada tempat untuk bermanja.