Youtuber Terkenal Ditahan Polis Kerana Kes Cabul Di Kelantan

Seorang Youtuber lelaki baru-baru ini telah ditahan setelah seorang mangsa cabul membuat laporan polis berikutan kejadia cabul yang berlaku di Kelantan sekita Ogos 2020.

BACA: Keluar Darah & Jarum Tajam, Keluarga Fattah Anas Menderita Disihir?

Dalam satu perkongsian di Twitter yang telah dipadamn, mangsa yang juga merupakan seorang Instafamous telah berkongsikan serba sedikit berkenaan butiran kejadian.

Menurut mangsa, Youtuber berkenaan yang berusia 22 tahun memberitahu bahawa dia perl bermalam di inap desa untuk satu malam lagi kerana kononnya terdapat baki penggambaran drama pada hari esok.

Bagaimanapun terdapat drama lain yang terjadi dan kini suspek telah ditahan pihak polis.

Menurut Kosmo! ujian air kencing mendapati lelaki itu bebas dadah dan tiada rekod jenayah dan kini disiasat mengikut Sek­syen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul.

Sementara itu, bagi ramai yang meneka bahawa Youtuber berkenaan adalah Alieff Irfan kerana dirinya yang sinonim dengan negeri Kelantan, jangkaan anda meleset kerana menurut mangsa, individu tersebut bukanlah Alieff.

Menurut portal berita tersebut lagi, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas terbaca mengenai kes yang hampir sama menimpa dirinya namun melibatkan seorang pendakwah selebriti yang tular baru-baru ini.

Semoga kes dapat diselesaikan dengan segera dan bagi wanita di luar sana, berhati-hatilah dalam mempercayai kenalan lebih-lebih lagi yang baru dikenali.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.