10 Tahun Jual Bakso Letak Spender Dalam Kuah Untuk Lebih Sedap

Meskipun tahu hukum menggunakan ‘pelaris’ haram di sisi agama Islam namun masih banyak lagi kedai-kedai makan mengamalkan perbuatan syirik itu untuk mendapatkan kemewahan.

Baru-baru ini tular video mengenai perkongsian seorang YouTuber Indonesia apabila menemui pakaian dalam wanita di dalam hidangan bakso yang dipesannya.

Menerusi video tersebut, YouTuber bernama Roy Kiyoshi itu meminta pengusaha warung berkenaan yang dikenali sebagai Siti untuk membuka penutup periuk bakso kerana Roy curiga dengan isi kandungannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @medsos_kekinian (@medsos_kekinian)

Apa yang mengejutkan, sangkaannya itu ternyata benar apabila dibuka, terdapat sehelai seluar dalam berwarna pink di dalam periuk berkenaan.

Apabila ditanya, pemilik kedai makan it mengakui telah mengamalkan ‘rendam seluar dalam’ itu sejak 10 tahun lalu untuk melariskan perniagaan bakso miliknya.

“Ya, saya mengaku salah. Saya buat macam ni untuk jadikan sebagai pelaris,” katanya.

Difahamkan, Roy datang ke warung bakso itu setelah dijemput oleh pemilik warung itu sendiri yang mengeluh beberapa ahli keluarganya meninggal dunia dengan tragis setiap 12 haribulan.

Seolah tidak ada rasa bersalah dengan perbuatannya itu, wanita berkenaan turut meminta Roy untuk membantu perniagaannya menjadi lebih laris.

Video tersebut menjadi bualan hangat di Indonesia, bagaimanapun ada yang meragui kesahihan video tersebut dan menganggap ianya hanya gimik untuk menarik perhatian penonton.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.