Ini Rahsia Bagaimana Rakyat China ‘Kalahkan’ Pizza Hut Guna Teknik Menara Salad

Korang tau tak, sebenarya sekitar tahun 2013, Pizza Hut cuba nak “outsmart” rakyat China, tapi akhirnya kena “outsmart” balik? Masa mula-mula buka cawangan di China, Pizza Hut tak nak dilihat sebagai restoran Amerika yang biasa-biasa je. Jadi, mereka cuba buat branding sebagai restoran berkualiti tinggi dan sihat, terkenal dengan bufet buah-buahan dan salad yang besar.

BACA: Pengacara Makan-Makan Ini Dedahkan Rahsia KLCC Yang Ramai Tak Tahu

Tapi sebab hidang buah dan salad ini mahal, Pizza Hut buat satu peraturan – setiap pelanggan cuma boleh isi satu pinggan sahaja dengan buah dan salad. Kononnya cara ni boleh jimat kos sambil kekal nampak mewah dan segar. Tapi mereka langsung tak sangka sejauh mana rakyat China sanggup pergi untuk dapat makanan percuma.

Tak lama lepas tu, orang-orang China mula cipta teknik “salad stacking” – seni bina makanan yang rumit untuk isi seberapa banyak buah dan sayur atas satu pinggan. Ada yang gelar diri mereka “jurutera salad” dan siap buat kiraan matematik serta diagram untuk maksimumkan struktur “menara” salad mereka.

Strategi “meta” pun wujud – mula dengan dasar bulat guna lobak merah, tambah lapisan timun yang bersilang di atas, lepas tu gunakan dressing tebal sebagai “gam”. Siap ada forum dalam talian lagi – di mana rakyat China saling bantu-membantu untuk perbaiki teknik masing-masing.

Akhirnya, Pizza Hut rugi teruk sampai terpaksa tutup bufet salad mereka selama-lamanya. Hebat rakyat China ni. Sama ada habis atau tidak apa yang mereka ambil tu, tak tahulah.

Tapi kalau korang rasa macam nak beli Salad Spinner yang dah jadi banyak pilihan suri rumah, korang boleh dapatkannya kat sini tau -> Salad Spinner Shopee.