2 Perkataan Melayu Dalam Filem Minions, Adakah Indonesia Akan Claim Jugak?

Sebut sahaja filem animasi Despicable Me, pasti ramai tahu watak Gru dan Minons yang mencuit hati. Apa sahaja yang keluar daripada mulut Minions pasti akan membuat kita ketawa.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu hangat diperktakan mengenai trailer filem terbaharu iaitu Minions: Rise of the Gru. Apa yang menjadi perhatian apabila Minions berbahasa Melayu.

Menerusi klip yang berdurasi 45 saat itu menyaksikan Minions tersebut menyebut perkataan ‘nasi goreng kicap manis’ dan juga ‘terima kasih’.

Di laman Twitter, rata-rata netizen terutama rakyat Malaysia tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

https://twitter.com/izfn_/status/1333436528228397060

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Bahasa Malaysia termasuk dalam bahasa yang digunakan Minions itu hanya sebagai gimik atau sememangnya dimasukkan.

Melihatkan penggunaan perkataan-perkataan itu, adakah netizen daripada Indonesia akan ‘claim’ mengatakan ianya merupakan bahasa mereka seperti kebiasaannya. Kita nantikan sahaja.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.