3 Bukti Aktiviti ‘Scam’ Sudah Ada Di Malaysia Sejak Dulu Lagi

Kehidupan kita ini sememangnya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai pengalaman. Pengalaman ini juga akan ajar kita untuk tak buat kesalahan yang sama.

BACA: Tak Tahan ‘Ditipu’, Scammer Pun Mengalah Dengan Pegawai Polis Ini

Tapi persembangan hari ini sebenarnya nak cerita sedikit mengenai kisah silam kita. Kalau nak diikutkan, sejak dari dulu kita sudah kena scam. Adalah juga melibatkan duit, tapi dengan jumlah kecil sahajalah.

Nak tahu apa dia? Jom layan 5 senarai yang kami kongsikan ini.

Anak Ayam Warna Warni

Fuh, cakap saja pasal anak ayam warna warni ini, masih segar lagi reaksi diri sendiri bila tengok.

Kita’kan dah terbiasa tengok ayam warna kuning cair, ini sekali pergi pasar tani, tengok ada warna pink, merah, hijau – memang rasa teruja sangat.

Maka ramailah yang beli dengan harapan, sampai ke besar warnanya akan kekal terang macam itu, tapi apakan daya, tak sampai seminggu, warna sudah pudar jadi kuning cair balik. Ini betul-betul kena scam hidup-hidup.

Lebih ekstrem lagi, ada yang menangis sebab warna sudah pudar, nasib kau lah, dik.

Hadiah Kuaci (Terima Kasih)

Jangan tipu, setiap kali nak buka kertas yang ada dalam kuaci itu, kita mesti berharap dapat duit,bukan? Ingat ini main loteri ke nak menang duit besar-besar.

Tapi melalui pengalaman sendiri, pernahlah sekali dua dapat 20 sen. Padahal kita beli kuaci ini sudah bertimbun.

Zaman sekarang ini tak tahu ada lagi atau tidak kuaci tikam ini.

Main Tikam Sticker, Menang Dapat Hadiah

Untuk yang point ketiga ini, dia macam ada kisah di sebalik barang tikaman itu. Tikam sticker ini jenis yang kita kena kumpul dan cukupkan sticker mengikut jenis hadiah yang kita nak.

Antara yang kami pernah main, siap dapat buku untuk tampak sticker dan sampai sudah asyik dapat sticker sama saja.

Dan yang pasti, bila ke kedai, kita mesti akan dengar cerita yang sudah ada orang lengkapkan kesemua pelekat itu – tapi kita tidak akan pernah dapat berjumpa individu tersebut.

Demi mencapai kejayaan yang sama, kita lagi merasa terdorong untuk beli lagi dan lagi. Banyak jugak duit habis ke sini.

Begitulah sedikit sebanyak kita diperdayakan secara halus sejak dari kecil. Siapa yang sampai besar pun masih lagi main tikam sebegini, punahlah masa hadapan.

Kehadiran pelbagai idea dari kepala-kepala scammer ini sedikit sebanyak mencorak pengalaman kita di waktu kecil.

Namun cabaran ketika waktu besar berhadapan dengan scammer lagi mencabar, kadang-kadang kawan pun boleh makan kawan. Itu belum scammer yang boleh lompat pagar tinggi.

Semoga di hari mendatang ini kita semakin bijak berhadapan dengan tipu daya dunia.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.