Tak Bazir Masa, Perbaharui Sendiri Lesen Memandu Secara Online Bermula 9 Oktober Ini

Bila bercerita bab renew atau memperbaharui lesen memandu ini, memang banyak kisah masing-masing. Ada yang kena saman sebab lupa tarikh lesen mati dan ada juga yang masih selamat memandu (syukur) walaupun lesen sudah tamat setahun.

BACA: Akaun Palsu Biadap Dengan Tuanku Permaisuri Agong Di Instagram, Memang Kurang Ajar

Bergerak selari dengan perkembangan semasa yang semakin memudahkan kita dalam setiap perkara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini mengumumkan bahawa orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu secara atas talian bermula 9 Oktober ini.

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG bermula pada 9 Oktober 2020dan pembaharuan bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian pula akan dilaksanakan mulai 16 Oktober.

Ternyata keputusan ini memudahkan orang ramai yang sebelum ini kadang-kala mungkin terkejar-kejar untuk renew lesen bila sudah terlupa lesen tamat tarikhnya.

Cara lain jika tidak mahu lupa, set terus reminder di telefon pintar berharga ribuan ringgit milik anda itu setelah selesai renew lesen. Sekurangnya kita tidak lupa untuk tahun-tahun berikutnya,kan?