Mana mungkin seorang anak tidak mendambakan kasih sayang seorang ibu. Inilah yang dikongsikan oleh seorang lelaki di laman sosial. Menurut empunya nama CT Ros Dani di Facebook ini, dia telah berpisah selama 38 tahun dengan ibunya.
BACA: Ini Punca Video Pendek Kakak Tiup Lilin Adik Undang Kemarahan Ibu Bapa
Menurutnya, pertemuan yang turut dibantu beberapa individu itu juga dalam masa yang sama adalah detik yang sangat berharga selain menyatakan bahawa itulah kali pertama dia melihat wajah ibunya.
“Alhamdulillah..baru ni Aku sudah bertemu ibu kandung aku setelah berpisah sekian lamanya selama 38 tahun,itu lah kali pertama Aku tengok wajah ibu di depan mata, kalau tidak sebelum itu aku hanya tatap sekeping potret lama wajah ibuku. Kini ibu aku sudah berumur 68 tahun, aku pulak dah berumur 38 tahun, syukur padamu ya Allah…,” kongsinya.
Pertemuan yang berlaku pada 1 Oktober lalu itu juga turut membuatkan netizen berasa sedih dan berkongsikan kisah masing-masing. Bagi yang sudah ketiadaan ibu, ternyata perkongsian ini membuatkan mereka merasa rindu dengan kasih sayang insan tercinta itu.
Bagi yang tidak dapat pulang ke kampung ketika PKPB ini, bersabarlah. Pastinya air tangan ibu adalah perkara yang kita paling rindukan, bukan?
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.