Ini Punca Video Pendek Kakak Tiup Lilin Adik Undang Kemarahan Ibu Bapa

Geram, itulah reaksi kami apabila melihat si kakak membuat muka sebaik berjaya meniup lilin hari lahir si adik. Lenggok bahasa badan si kakak cukup mencerminkan rasa puas di atas perbuatan tersebut.

BACA: Anak Menangis Teresak-Esak Mintak Haiwan Peliharaan ‘Rare’, Ibu Ini Dalam Dilema

Mungkin bagi sesetengah individu, perkara berkenaan adalah lucu namun menerusi reaksi ibu bapa di ruangan komen, ternyata perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang.

Malah petikan video tersebut yang turut dikongsikan di Instagram Fynn Jamal turut merungkai beberapa perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Menerusi perkongsian sebegini, mungkin ia boleh dijadikan iktibar buat first time parents atau mungkin untuk mereka yang susah ada anak ramai sekali pun.

Sejujurnya proses membesarkan anak-anak bukanlah mudah dan semoga kita semua mampu membentuk mereka jadi insan yang terbaik.