6 Tahun Kahwin Langsung Tak Pernah ‘Bersama’, Doktor Akhirnya Dedah Punca Kejadian

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga bahagia. Lebih membahagiakan apabila pasangan itu dapat menjalankan tanggungjawab dari segi zahir serta batin secukupnya.

Namun, tidak semua dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ‘isteri’ seperti wanita ini yang mengakui tidak pernah bersama dengan suami meskipun sudah 6 tahun mendirikan rumah tangga.

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang doktor pakar dikenali sebagai Dr Aishah di aplikasi TikTok. Menerusi video itu, wanita tersebut menangis apabila berjaya dirawat selepas menjalani beberapa sesi rawatan bersama doktor berkenaan.

Difahamkan, wanita tersebut berdepan masalah kesihatan dipanggil ‘Vaginismus‘ iaitu apabila si isteri berasa tidak selesa serta perit semasa melakukan hubungan kelamin bersama suami.

Situasi itu juga membuatkan otot di sekitar ‘Miss V’ menjadi ketat dan merasakan seolah-olah dirobek.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang baru mengetahui mengenai masalah kesihatan itu.

Dalam pada itu, ramai yang mengagumi si suami yang tetap tabah dan setia bersama meskipun si isteri berdepan masalah tersebut.

Tidak kurang juga, ramai yang menitipkan nasihat tidak perlu salahkan wanita dalam hal tersebut kerana mereka tidak pinta untuk berdepan masalah tersebut.

SUMBER: TikTok Draishahlangkawi