Sudah masuk hari ke-23 perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun setiap hari ada sahaja kita mendengar berita dimana masih ramai individu yang berdegil dan ingkar akan perintah kerajaan itu.
Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Ujarnya, mereka yang didapati ingkar akan dibawa ke balai polis terlebih dahulu sebelum diberikan kompaun. Bayaran kompaun tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.
Jika pesalah didapati enggan atau gagal membayar kompaun mereka boleh meminta untuk dibicarakan.
Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai supaya tidak mengambil mudah mengenai perkara itu kerana jumlah kompaun RM1,000 itu bukanlah nilai yang sedikit.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂