Kluster ‘Oversea’ Biadap Maki Petugas Barisan Hadapan Anjing, Pencacai Najis

Jika semalam seorang doktor mendedahkan perangai menjengkelkan kluster oversea yang jauh berbeza dengan kluster tabligh yang lebih memudahkan urusan frontliners, kali ini ada lagi perangai kluster oversea itu didedahkan.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia, Dr Sakinah Sulong yang berkongsikan pengalaman mereka menguruskan golongan tersebut yang digelar ‘kluster kayangan’.

Doktor itu menyifatkan kluster oversea ini bermacam kerenah apabila petugas barisan hadapan terpaksa hadapi dengan mereka yang tidak mahu dikuarantin dan marah-marah. Lebih teruk ada yang bertindak kurang ajar memanggil kakitangan perubatan anjing serta pencacai najis.

Katanya lagi, para petugas tidak kisah jika bekerja keras dalam mengekang wabak COVID-19 tetapi mereka tidak sepatutnya dihina semata-mata kerana menjalankan tugas.

Turut membuat perbandingan, Dr Sakinah memuji sikap kluster tabligh yang rata-ratanya sangat mudah memberi kerjasama dan datang awal apabila diminta datang untuk diambil sampel. Malah, tiada yang menimbulkan masalah apatah lagi bergaduh dengan kakitangan hospital.

Kami Bukan Anjing

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

Panggil staff kami ‘dog’ Panggil staff kami pencacai najis.

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
Marah-marah.
Panggil staff kami ‘dog’
Panggil staff kami pencacai najis.

Memang sangat kurang ajar!

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!

Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!

Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.

Nampaknya, ramai pertugas barisan hadapan sudah mula ‘meluat’ dengan sikap kluster oversea yang agak menjelikkan.

Tak kisah siapa pun anda, hargailah kakitangan hospital yang sanggup berkorban untuk anda, lebih sedih ada di antara mereka yang positif COVID-19 disebabkan sikap penting diri sesetengah pihak.

Leave a Reply