Hari ini dunia penyiaran tanah air dikejutkan dengan pemergian pembaca berita RTM, Farit Ismeth Emir yang meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor jam 11 pagi tadi.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Memetik laporan Astro Awani, berita pemergian pembaca berita itu disahkan anaknya sendiri Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
Berita pemergiaan Allahyarham turut dikongsikan oleh rakan penyampai dan pengacara Hafizal Hamad dan Akbar Sahari di laman Twitter pada tengahari tadi.
Dukacita penyampai berita RTM terkenal Farit Ismeth Emir baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam. Farit, fondly known as Pak Ngah to all of us at RTM. He will be missed.
Semoga Pak Ngah tenang disisiNya. Al-fatihah.
Info dari anak Allahyarham
— AkbarSahari (@rabkairahas) April 20, 2020
Salam. Dukacita penyampai berita RTM terkenal Farit Ismeth Emir baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam. Pak Ngah terima kasih atas segala tunjuk ajar.
AL FATIHAH— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) April 20, 2020
Jenazah Allahyarham kini berada di Masjid Kampung Melayu Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.
Allahyarham Farith yang berusia 66 tahun merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu sejak tahun 1990-an. Allahyarham memiliki tujuh orang cahaya mata dan salah seorang anaknya merupakan ahli muzik terkenal, DJ Fuzz.