Pengasas Cap Kipas Udang Meninggal Dunia

Nampaknya selepas pemergian pengasas Kicap Jalen, hari ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pengasas pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, iaitu Datuk Lambak Mohamed.

Memetik laporan BH Online, allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi tadi di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru.

Menurut cucunya, Amiza Abdul Aziz, jenazah Allayarham Datuk Lambak Mohamed telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Katanya lagi, arwah yang berusia 100 tahun tidak mempunyai sebarang komplikasi penyakit, malah dia sihat-sihat sahaja sebelum ini. Arwah meninggalkan balu, Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk keluarkan syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd itu mula bertapak sejak tahun 1987 lagi dan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s yang menjadi pilihan ramai.

SUMBER: BH Online

Leave a Reply