Kisah Benar: Harga RON95, RON97 Dan Diesel Naik Mulai Esok

Setelah sekian lama di musim PKP ini kita menikmati minyak dengan harga yang seperti zaman dulu-dulu, nampaknya kita perlu kembali sedar demi menghadapi realiti sebenar.

Berikut merupakan harga runcit terbaru yang dipetik melalui Astro Awani:

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.55 seliter kepada RM1.61 seliter
Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.25 seliter kepada RM1.31 seliter

Harga runcit diesel naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.40 seliter kepada RM1.45 seliter.

Harga yang tersenarai berikut adalah bagi tempoh bermula 16 Mei 2020 hingga 22 Mei 2020.

Walaupun peningkatan tersebut masih di bawah RM2, diharapkan orang ramai tidak cemas dan berpus-pusu meluru ke petrol station berdekatan. Ingatlah orang tersayang.

Harga Akan Dipantau

Selain itu, menurut kenyataan media Kementerian Kewangan pada Jumaat, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Jangan lupa follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply