Berita baik buat semua pengguna jalan raya, bersempena dengan sambutan Aidilfitri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus bagi saman-saman terpilih.
Bermula daripada 18 hingga 21 Mei ini, anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama empat hari tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata diskaun itu ditawarkan kerana memahami kekangan kewangan dihadapi orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri.
Polis beri diskaun bayaran saman 50 peratus jika buat bayaran secara online mulai 18 Mei hingga 21 Mei – Bukit Aman pic.twitter.com/eYvZXMudUw
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 15, 2020
Para pengguna yang mahu membayar saman boleh membuat pembayaran secara dalam talian melalui laman sesawang MyEG atau Rilek.
Dalam pada itu, kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen akan dibuka secara berperingkat, mulai 18 Mei.
Orang ramai yang ingin berurusan di kaunter diminta supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂