Pertama kali kami melihat video yang pantas dikongsikan di laman sosial ini, terkejut sungguh apabila melihat penunggang dan pembonceng motosikal jatuh bergelimpangan di tepi lorong kecemasan. Lebih menyedihkan, kenderaan yang melanggar mereka berdesup laju meninggalkan mangsa yang jatuh.
BACA: Pak Cik Pink Saf Pertama Rembat Kepala Jemaah Lain Bikin Netizen Bengang
Menurut laporan BH Online, pemandu kereta berkenaan telah pun menyerah diri di Balai Polis Gombak.
Dalam kejadian pantas itu, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Pahang menghala ke Kuala Lumpur dan menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, pemandu kereta berkenaan menukar lorong secara tiba-tiba.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan yang berada di lorong kiri jalan tiba-tiba menukar haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di hadapan dan motosikal berkenaan yang berada di lorong kecemasan cuba mengelak lalu terbabas dan jatuh ke tebing kiri jalan,” jelasnya.
Laporan menyatakan bahawa dua mangsa tersebut telah dihantar ke Hospital Bentong dan dirawat sebagai pesakit luar.