Pak Cik Pink Saf Pertama Rembat Kepala Jemaah Lain Bikin Netizen Bengang

Baru-baru ini tersebar video pendek yang berlaku di dalam sebuah surau didakwan di Palong 7, Negeri Sembilan. Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan merasa sangat marah selain tidak percaya dengan apa yang terjadi.

BACA: Gaduh Di Dataran Merdeka Rupanya Pasal Perempuan

Dalam video berdurasi kurang 1 minit itu, seorang lelaki dilihat menampar dan kemudiannya menendang kepala seorang lagi berjemaah.

Ternyata perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen malah individu yang menjadi mangsa tersebut itu pula dilihat seperti warga emas.

Jika nak diikutkan, ada juga ketika jari kita dipijak atau mungkin telekung kita dipijak orang sebelah, namun memahami bahawa perkara berkenaan adalah tidak sengaja, tidaklah sampai naik kaki.

Apa pun, diharapkan perkara sama tidak berulang lagi dan juga menjadi peringatan buat kita semua.