Kehadiran telefon pintar baru dari jenama iPhone memang sentiasa dinantikan namun dalam masa yang sama, pasti akan ada cerita hangat sebaik saja orang ramai mula menggunakan peranti baru tersebut. Baru-baru ini, kecoh di laman web Weibo di China berkaitan warna terbaru iPhone 12.
BACA: “Orang Bodoh Je Yang Sanggup Beli iPhone 12?”
Lebih tepat lagi ialah warna biru iPhone 12. Melalui perkongsian laman web tersebut, rata-rata pengguna hampa malah ada yang mahu wang mereka dikembalikan oleh kerana warna yang mereka dapat menyerupai tong sampah dan macam-macam lagi barangan di sekeliling kita.
Jika diikutkan warna di laman web mereka, memang nampak cantik dan kemas, tapi bagaimanapun ia berbeza sebaik diterima.
Menurut kenyataan netizen yang kecewa di laman web tersebut, warna biru yang digunakan oleh Apple itu membuatkan telefon mereka kelihatan murah.
Bermula dari itulah ada yang berkongsikan persamaan warna tersebut dengan selipar tandas, botol dakwat, tong sampah, pelocok tandas dan macam-macam lagi.
Begitulah realitinya tapi apa yang lebih penting adalah kuasa dalaman peranti tersebut bukan? Pakai casing hilanglah masalah.
Untuk pengetahuan anda, iPhone 12 yang baru saja dilancarkan 13 Oktober lalu hadir dengan 5 pilihan warna berbeza – hitam, biru, hijau merah dan putih. Jadi, apa warna pilihan anda nanti?