“Hanya jasad dan baju sahaja yang akan dilihat”, itu kata-kata terakhir seorang gadis 14 tahun terhadap keluarganya apabila ditemui mati ditikam oleh suaminya.
Memetik laporan Tribunnews, pasangan itu baru sahaja sebulan menikah, namun lelaki berusia 20 tahun itu tergamak menikam isterinya dalam kejadian Jumaat lalu di Selatan Sulawesi, Indonesia.
Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Irmha berkata, pada malam sebelum kemudian pasangan itu ke rumah ibu bapa mangsa dan suspek membantu mentuanya membaiki rumah.
Pada malam tersebut, si suami kemudian mengajak isterinya pula ke rumah ibu bapanya namun gadis itu enggan menurut permintaan suaminya itu.
Ibu bapa mangsa yang berada disitu memaksa anak mereka untuk mendengar kata suaminya. Mangsa akhirnya bersetuju namun memberi amaran kepada keluarganya mereka tidak akan berjumpa dengannya lagi dan hanya mayat bersama pakaian sahaja yang mereka akan lihat.
Kata jiran-jiran, mereka tidak menjangkakan kejadian itu kerana mereka mengetahui pasangan itu sudah lama berkenalan dan berkahwin atas dasar cinta pada Oktober lalu.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanete Riattang, Samson berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya sedang memburu suspek yang berjaya melarikan diri.
“Suspek dan mangsa bertengkar sejak malam Khamis malam hingga berlanjutan pada keesokan harinya, tetapi diselesaikan oleh ibu bapa,” katanya.
“Mangsa diancam oleh suaminya dan cuba melarikan diri tetapi suspek mengejarnya. Suspek menikam isterinya berulang kali sehingga dia mati di tempat kejadian sebelum dia melarikan diri,” katanya.
SUMBER: World of Buzz