Tun Mahathir Serah Surat Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada YDPA

Seperti diketahui sejak semalam hangat diperkatakan apabila 5 parti iaitu Bersatu, UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan satu pertamuan malam tadi.

Perbincangan diadakan secara tertutup dan tidak dikeketahui apa tujuannya. Namun, timbul spekulasi pertemuan yang dikatakan ‘sekadar makan malam’ itu seolah memberi bayangan tertubuhnya kerajaan baharu.

Bagaimanapun, teka-teki berkenaan masa depan pemimpin dan parti pemerintahan di Malaysia terjawab apabila sebentar tadi Tun Mahathir secara mengejut menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Difahamkan keputusan ini dibuat selepas bertemu dengan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dilaporkan, kenyataan rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu, makan malam yang disertai 131 ahli parlimen bagi kedua-dua pihak tetapi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat satu penggal penuh, berakhir dengan senyuman.

Leave a Reply