Peguam Tawar Khidmat Percuma Bantu Ustazah Dipaksa Merangkak Ambil Tindakan

Dipercayai kerana tidak puas hati anaknya didenda, seorang ibu bertindak menyerang seorang ustazah di sekolah dan tergamak menyuruhnya merangkak di dalam kelas sebagai denda yang sama disuruh oleh ustazah berkenaan kepada anaknya.

Malah, ibu pelajar berkenaan dikatakan turut merakamkan kejadian tersebut dan memuat naiknya di media sosial. Video tersebut memaparkan wanita berkenaan menerjah masuk ke kelas ustazah itu sedang mengajar.

Namun tidak semena-mena ustazah berkenaan terus mengajak anak muridnya yang lain untuk mengikutnya merangkak. Kejadian itu disaksikan murid dan seorang lagi ustazah dalam kelas berkenaan.

Turut kedengaran suara ibu tersebut yang mendakwa kononnya anaknya telah mengalami kecederaan selepas didenda oleh ustazah itu dan takut untuk datang ke sekolah selepas didenda.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1232169285172129792?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1232169285172129792&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fibu-pelajar-serang-sekolah-dan-minta-ustazah-merangkak-di-dalam-kelas-gara-gara-tak-puas-hati-anak-didenda%2F

 

Seperti sudah dijangka, video tersebut mendapat perhatian netizen yang mengecam dan mengutuk tindakan keterlaluan ibu pelajar berkenaan.

Kata netizen lagi, jika mana-mana guru mendenda pelajar sehingga mendatangkan kecederaan perlu membuat laporan kepada pihak berkenaan supaya dikenakan tindakan dan bukannya menjatuhkan hukum sendiri.

Dalam pada itu, ada yang menawarkan khidmat guaman percuma kepada ustazah itu sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang susulan apa yang berlaku.

Difahamkan, video asal tersebut sudah pun dipadam di akaun milik ibu pelajar berkenaan. Apa pun diharap pihak sekolah dapat melakukan siasatan secepat mungkin berhubung isu tular itu.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

One comment

Leave a Reply