Masih hangat ketika ini diperkatakan tentang isu berkaitan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali yang terkucil secara live di Anugerah Juara Lagu (AJL-35).
BACA: Ini Barisan Penyanyi Antarabangsa Yang Pernah Terkucil Vokal Di Pentas
Namun apa yang lebih memeritkan sebenarnya adalah membaca komen yang ada di antaranya agak keterlaluan.
Tak dinafikan, trofi AJL merupakan salah satu rebutan buat barisan penyanyi tanah air (kalau tak semua, kebanyakannyalah) dan peluang berada di pentas AJL adalah satu peluang yang pastinya tidak mahu dilepaskan.
Jadi, tindakan Nabila yang berkeras mahu menjayakan persembahan adalah salah satu keputusan yang berisiko – kerana dalam masa yang sama dia mempunyai masalah peti suara.
Memetik laporan Harian Metro, masalah kesihatan dialami penyanyi itu mungkin tak nampak serius, tapi kesan jangka masa panjangnya amat berbahaya sekiranya tidak sembuh.
Namun apakan daya, benda sudah pun terjadi. Ingatkan Hael yang akan bawakan lagu tersebut, sama macam sesi separuh akhir Muzik Muzik sebelum ini.
Tapi jika nak bandingkan persembahan Hael Husaini dengan Nabila, ternyata Hael mempunyai teknik dan juga vokal yang cukup mantap.
Buktinya – melalui persembahan lagu yang sama, tapi Hael hanya duduk saja sepanjang menyanyikan lagu Peluang Kedua.
Untuk pengetahuan, untuk menyanyi dalam keadaan duduk sambil melontarkan vokal yang lantang bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kemampuan Hael membuatkan situasi itu nampak mudah.
https://www.youtube.com/watch?v=kMKz8DRxGkc
Berbalik kepada Nabila, seperti tak dapat ditahan-tahan lagi, kejadian yang menimpa penyanyi ini menjadi bahan berita di setiap outlet media.
Sementara itu, di Instagram Nabila sendiri, dia memohon maaf di atas apa yang terjadi dan dalam masa yang sama turut mendapat sokongan daripada peminatnya. Posting tersebut sudah pun mengumpul lebih 10,000 komen sehingga kini.
Selain itu, Hafiz Hamidun turut sama memuatnaik status yang memperlekehkan Nabila namun dipatahkan oleh Fazley Yaakob.
Tweet Hafiz tersebut bagaimanapun sudah pun dipadam.
Mungkin selepas ini Nabila perlu mengambil masa untuk berehat seketika. Mungkin jugak rezeki Nabila sebenarnya dalam bidang perniagaan, semua itu kita tidak tahu bukan?
Tak perlu kami screenshot komen-komen kerana setiap posting di sosial media berkaitan dengan kejadian terkucil tersebut pasti akan ada yang mengecam.
Lebih menyedihkan lagi, kebanyakan adalah datang dari bangsa Melayu sendiri.
Mungkin lucu dan jadi bahan jenaka bagi sesetengah pihak namun bagi individu yang terlibat menjayakan pesembahan tersebut, ia melibatkan penat lelah dan maruah.
Betullah orang kata, tak ramai suka tengok kita di atas. Tunggu masa jatuh, ramai-ramai tepuk tangan sampai berpeluh-peluh.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.