Ini Barisan Penyanyi Antarabangsa Yang Pernah Terkucil Vokal Di Pentas

Menjadi penyanyi bukanlah sesuatu tugas yang mudah seperti menyanyi sebebas hati ketika mandi. Teknik dan juga pemakanan turut memainkan peranan utama dalam memastikan suara sentiasa dalam keadaan terkawal.

BACA: Tiru 10 Suara Penyanyi Legend, Lelaki Ini Buat Netizen Terkejut & Teruja

Bagaimanapun, tidak dinafikan kadang kala ada juga situasi di luar kawalan yang kita sendiri tak sangka akan terjadi.

Contoh paling latest ialah penyanyi Nabila Razali yang terkucil pada satu selekoh yang memerlukan dia menyanyi dengan not yang tinggi.

Perkara tersebut kemudiannya pantas menjadi sasaran netizen untuk mempersendakan situasi Nabila dalam situasi yang kami rasa cukup bermakna buat penyanyi tersebut.

Apa yang pasti, bukan mudah bagi Nabila untuk melalui waktu sukar ini dan dalam masa yang sama, sebenarnya kejadian vokal terkucil ini bukanlah isu baru dalam industri nyanyian.

Melalui satu himpunan video di Youtube, jelas nama-nama besar selebriti antarabangsa turut pernah mengalami perkara sama. Malah ada yang jadi bunyi macam wisel pun ada hasilnya (bermula dari minit 1:13).

Tonton untuk dengar sendiri pelbagai bunyi suara yang off key dan macam-macam lagi.

Antara barisan penyanyi yang berada dalam video tersebut ialah Mariah Carey, Celine Dion, Sia, Leona Lewis, Ariana Grande dan ramai lagi.

Apa yang patut Nabila Razali hiraukan sebenarnya adalah mengenai keadaan peti suaranya. Semoga episod gelap dalam karier Nabila ini akan cepat berlalu.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.