Kita Masih Belum Menang – itulah tajuk Majalah 3 yang bersiaran pada 17 May. Nampak simple bukan ayat belum menang itu tanpa kita ketahui kisah disebaliknya.
BACA: Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah Pesakit Covid-19
Melalui perkongsian di sebalik tabir tentang perjuangan petugas barisan hadapan di PKRC MAEPS, Serdang dan Hospital Sg.Buloh, ternyata masyarakat kita mungkin belum melihat secara jelas apa yang berlaku sebenarnya di saat jumlah kes semakin meningkat.
Ibu terpaksa berpisah dengan anak, anak terpaksa berpisah dengan ibu bapa, pak cik yang berkunjung ke masjid dan betapa sayunya tangisan seorang anak melihat bapanya yang bertarung nyawa – dan akhirnya dikebumikan tanpa kehadiran seorang pun keluarga tersayang.
Pelbagai aspek lain turut dikupas pada siri kali ini demi memberika kesedaran buat masyarakat tentang bahayanya perkara ini. Malah produksi Majalah 3 ini juga menyingkap sisi sebenar frontliners yang sentiasa perlu berhadapan dengan kematian.
Semoga perkongsian Majalah 3 ini mampu membuatkan kita sedar tentang situasi sekarang ini. Kita bertarung dengan penyakit yang memakan nyawa. Hargailah insan tersayang.
Jika anda terlepas untuk menontonnya, kami kongsikan video penuh mereka di sini. Luangkan sedikit masa anda dan semoga ia memberi kesedaran kepada kita untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan insan tersayang di sekeliling kita terhindar daripada virus ini.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.