Dakwa Ikan Singgang Sembuhkan Covid-19, Ini Penjelasan Pensyarah UMT

Peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sekaligus mencetuskan panik di kalangan rakyat. Difahamkan setakat ini sebanyak 99 kes dilaporkan dan 25 daripadanya sudah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Setakat ini wabak misteri yang membunuh lebih 3,000 orang seluruh dunia itu masih tiada lagi ubat penawar. Namun baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu berita melaporkan bahawa virus itu boleh diubati dengan lauk ikan singgang.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1236268108215537665?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1236268108215537665&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fdakwa-ikan-singgang-boleh-lawan-covid-19-pensyarah-umt-beri-penjelasan-lanjut%2F

Difahamkan, kenyataan itu dilakukan oleh seorang pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Lauk ikan singgang yang mengandungi bahan-bahan seperti lengkuas, kunyit, halia, asam keping dan bawang putih dikatakan boleh melawan beberapa mikroorganisma serta mempunyai potensi menentang Covid-19.

Namun ini penjelasan sebenar oleh pensyarah tersebut iaitu Dr Azizah Mahmood yang mengatakan kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan ikan singgang benar-benar boleh sembuhkan Covid-19.

“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.

“Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply