Pada zaman sekarang, orang sanggup lakukan apa saja demi nak dapatkan likes dan juga views. Lebih menyedihkan perkara tersebut turut terjadi di negara kita.
BACA: Peminat Kumpulan K-Pop BTS Hina Pemergian Siti Sarah, Shuib Dipersalah Tak Buat Family Planning
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, seorang individu telah menggunakan keadaan situasi semasa negara yang tertumpu kepada kehilangan Siti Sarah.
Hal mcm ni pun blh jadi content ye?
I cannot brain.. for the seek of views?
Mana pergi sensitivity? Hmm pic.twitter.com/4gPnk2gZTZ— Ashraf Suhaimi 🍉 (@ashraf_suhaimi) August 9, 2021
Apa yang netizen kurang senang sebenarnya adalah perbuatan lelaki berkenaan yang terlihat cuba mengambil kesempatan dan menggunakan kesedihan Shuib dan keluarga untuk mendapatkan tontonan di channel Youtube miliknya.
Walaupun dia ada mengajak orang ramai untuk bermuhasabah, namun terdapat beberapa bahagian dalam video yang terlihat tidak beradab selain sempat mengajak pengikutnya untuk edit satu babak dalam video tersebut dan siapa yang terpilih akan diberikan ganjaran.
Malah ketika di penghujung video, lelaki berkenaan juga sempat tersenyum sambil meminta penonton untuk subscribe akaun Youtube miliknya.
Kematian dan kehilangan seseorang bukanlah sesuatu yang sesuai untuk dijadikan bahan kandungan untuk kepentingan diri sendiri.
Bagaimanapun, hasil kesepakatan netizen yang membuat laporan terhadap video tersebut, lelaki berkenaan akhirnya akur dan memohon maaf selain turut memadam video berkenaan.
HAHAHAHA betul apa aku cakap pic.twitter.com/vU6PgugpYj
— anor (@chlriedes) August 9, 2021
Semoga perkara sebegini tidak lagi terjadi lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kehilangan ahli keluarga. Jadilah content creator yang bijak dan bukan sekadar mengejar keuntungan semata.